Tentang Pemantau

Pemantau Pilihan Raya Rakyat (PEMANTAU) adalah inisiatif bersama BERSIH 2.0,MAFREL dan Pusat KOMAS.PEMANTAU ditubuhkan pada 8 Januari 2013 bertujuan untuk mengendalikan pemantauan pilihan raya rakyat pada PRU13.

 

Pemantauan pilihan raya akan berasaskan:Deklarasi Prinsip-prinsip Global untuk Pemerhatian dan Pemantauan Pilihan Raya Dalam Negara-GNDEM(Global Network of Domestic Election Monitors),Undang-undang Pilihan raya & peraturan di Malaysia dan 8 Tuntutan BERSIH 2.0.

 

PEMANTAU bertujuan untuk terus meningkatkan lagi aspirasi rakyat yang mahukan satu pilihanraya yang bebas dan adil dengan menggerakkan rakyat untuk berperanan semasa PRU-13 untuk memantau proses pilihan raya, bagi menghalang dan mengurangkan usaha-usaha penipuan dan salah laku semasa pilihan raya.

 

PEMANTAU akan memainkan peranan yang penting masa kempen pilihan raya dan hari mengundi.Mereka akan memantau dan merekodkan segala Kesalahan pilihanraya dan situasi keseluruhan.

 

Kriteria untuk menjadi PEMANTAU adalah seperti berikut:

1.Warganegara Malaysia
2.Umur 18 tahun ke atas
3.Tidak mempunyai rekod jenayah
4.Patuh kepada undang-undang negara/Pilihan Raya
5.Patuh kepada akujanji Pemantau
6.Bukan pekerja Parti dan berkempen

Anda boleh daftar sebagai PEMANTAU selepas menonton video taklimat Pemantau:http://youtu.be/0z4SoBuvALY

 

Kami perlukan 10,000 sukarelawan seperti anda untuk menyertai PEMANTAU untuk memastikan PRU13 Bersih,Bebas dan Adil.

 

Jom Pantau PRU13!